Apakah Kanser?

  • Kanser ialah sel yang tidak normal dan membiak secara tidak terkawal dalam badan seseorang. Satu kelompok sel kanser dipanggil tumor dan jika tidak dirawat ia boleh membesar dan merebak ke anggota badan yang lain.

  • Tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel. Tumor ini mungkin adalah kanser. Sel-sel kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa.

  • Setiap orang ada sel kanser dalam badan. Sel kanser ini tidak kelihatan dalam ujian atau pemeriksaan piawai sehinggalah mereka telah berganda ke beberapa juta.

  • Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas, wujud dalam pelbagai saiz dan berbeza daripada sel sihat yang mempunyai bentuk seragam. Ia boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop.



Bagaimana Sel Kanser Membiak (metastasis) ?

  • Proses metastasis berlaku apabila sel kanser membuat 'laluan' (pathway) sendiri dan menjangkiti dari satu tisu ke tisu lain. Lama-kelamaan sel kanser yang bertambah banyak akan merebak dari kawasan permulaan ke organ lain melalui saluran darah atau sistem limpa, yang seterusnya boleh merosakkan organ-organ di dalam badan.

Adakah Kanser Boleh Berulang (relapse / recurrence) Selepas Rawatan?

  • Ya! Kanser adalah sejenis penyakit yang boleh berulang walaupun sudah dirawat. Kadar kejadian kanser yang berulang (relapse / recurrence) adalah bergantung kepada jenis kanser, peringkat kanser, kekuatan badan penghidap kanser, samada rawatan yang diberikan mencukupi dan terdapat juga kajian menunjukkan bahawa individu yang mempunyai kekuatan dalaman, bersikap positif serta emosi yang stabil dapat melawan kanser dengan lebih berkesan dan mempunyai kadar penyembuhan yang lebih baik.