Kanser Kulit





Kulit adalah selaput luar tubuh. Ia melindungi kita daripada sinar UV, luka, dan jangkitan. Ia mengawal suhu tubuh dan menyimpan air, lemak dan Vitamin D. Ia terbentuk dari dua lapisan utama iaitu lapisan kulit luar dan lapisan kulit dalam. Kulit luar(epidermis) terbentuk daripada sel seperti sisik yang rata dipanggil sel-sel squamous. Di bawah sel-sel squamous adalah sel-sel bulat yang dipanggil sel-sel basal. Bahagian paling dalam epidermis juga mengandungi melanosaita. Sel-sel ini mengeluarkan melanin yang memberikan warna kepada kulit. Lapisan kulit dalam (dermis) mengandungi darah dan saluran limfa, folikel rambut, dan kelenjar-kelenjar. Kelenjar-kelenjar ini menghasilkan peluh yang membantu mengawal suhu badan dan sebum iaitu sejenis rembesan berminyak yang mengelakkan kekeringan. Peluh dan sebum sampai ke permukaan kulit melalui liang-liang roma.


Jenis-Jenis Kanser Kulit

  • Dua jenis kanser kulit yang paling biasa adalah sel basal karsinoma dan sel squamous karsinoma. Karsinoma adalah kanser yang bermula dalam sel-sel yang menyeliputi atau membarisi organ sel basal karsinoma dan sel squamous karsinoma yang kadangkala dipanggil kanser kulit (non-melanoma). Sejenis kanser lain yang terjadi di kulit adalah melanoma, yang bermula di melanosaita.

  • Tanda amaran kanser kulit yang paling biasa adalah perubahan kepada kulit, terutamanya ketumbuhan baru atau luka yang tidak sembuh. Kanser kulit tidak semuanya kelihatan sama. Sebagai contoh, kanser tersebut mungkin bermula sebagai benjolan kecil, licin, berkilauan, pucat atau kelihatan berlilin. Ia juga boleh muncul sebagai benjolan merah yang jelas. Kadangkala benjolan tersebut berdarah atau membentuk kerak. Kanser kulit juga boleh bermula sebagai tompokan rata, merah, kasar, kering atau bersisik.

  • Kedua-dua kanser sel basal dan sel squamous banyak berlaku terutamanya di kawasan kulit yang terdedah kepada matahari seperti di bahagian kepala, muka, leher, tangan dan lengan. Walaubagaimanapun, kanser kulit juga boleh terjadi di mana-mana bahagian badan.