Leukemia



  • Leukemia merupakan kanser sel-sel yang membentuk darah yang menyebabkan jumlah sel darah putih yang belum matang dihasilkan.

  • Sel-sel abnormal ini dipanggil blas leukemia, tidak boleh menjalankan fungsi-fungsi normal sel-sel darah putih. Mereka terkumpul di dalam sumsum tulang dan melimpah ke dalam darah dan mungkin merebak ke dalam organ-organ seperti hati, limpa, paru-paru dan buah pinggang.

  • Kadangkala, sel-sel ini juga mungkin merebak masuk ke dalam cecair di sekeliling otak dan saraf tunjang. Oleh kerana terlalu banyak sel-sel darah putih yang terkumpul di dalam sumsum tulang, sumsum tulang tidak dapat menghasilkan sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet yang mencukupi.

Punca-Punca Leukemia

Beberapa faktor mungkin mempengaruhi perkembangannya. Mempunyai satu atau lebih faktor-faktor berikut tidak bermakna anda akan mendapat leukemia.

  • Faktor-Faktor Genetik: Kanak-kanak Down's syndrome dan kanak-kanak yang mempunyai keabnormalan kongenital lain yang jarang mempunyai risiko akut leukemia yang meningkat. Genetik mungkin memainkan peranan di dalam perkembangan leukemia limfoid kronik. Leukemia limfoid kronik lebih lazim pada lelaki dan mungkin diwarisi di dalam keluarga.

  • Sinaran: Leukemia berlaku pada kadar yang lebih tinggi daripada biasa di kalangan orang yang terdedah kepada sinaran yang tinggi. Ini termasuk orang-orang yang terselamat di dalam letupan-letupan bom atom di Jepun, orang-orang yang terdedah kepada sinaran selepas bencana loji nuklear Chernobyl, dan orang-orang yang menerima sinaran di dalam jumlah yang banyak yang perlu bagi rawatan keadaan-keadaan perubatan yang tertentu pada masa lalu.

  • Bahan-Bahan Kimia: Orang-orang yang terdedah kepada benzena mempunyai risiko yang tinggi mendapat leukemia mieloid akut.

  • Asap Rokok: Merokok juga meningkatkan risiko mendapat leukemia mieloid akut.