Kanser Otak

Ketumbuhan pada bahagian tertentu di otak yang memberi implikasi yang teruk pada pesakitnya.

Jenis-Jenis Kanser Otak

  • Supratentorial (bahagian atas otak)

  • Infratentorial (bahagian bawah otak)

Kanser pada bahagian atas otak ialah:

  • Astrocytoma (ketumbuhan otak yang bukan berasal daripada sel-sel saraf);

  • Craniopharyngioma (juga dikenali sebagai tumor Rathke pouch); dan

  • kanser kelenjar pineal.

Kanser pada bahagian bawah otak ialah:

  • Infratentorial;

  • Medulloblastoma (belakang otak);

  • Cerebellar Astrocytoma (ketumbuhan pada serebrum);

  • Brainstem Glioma (pangkal otak);

  • Ependymoma (ketumbuhan serebral yang berasal daripada sel-sel ependimal slia. Ia menyekat cecair serebrospina dan menyebabkan hidrosefalus) jenis yang paling kerap berlaku.

Punca Kanser Otak

  • Genetik atau keturunan;

  • Radiasi pada otak; dan

  • Pesakit AIDS, leukemia, dan pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang.

Tanda-Tanda / Simptom

Pada peringkat bayi mereka akan mengalami:

  • Proses pertumbuhan yang tidak normal - tidak boleh merangkak walaupun berusia enam bulan;

  • Hidrosefalus (kepala besar) kerana meningkatnya tekanan pada kepala; dan

  • ubun-ubun membengkak, bayi akan gelisah, tidak bermaya dan kurang menyusu.

Pada peringkat awal kanak-kanak:

  • Mengadu sakit kepala berulang-ulang;

  • kelihatan letih dan tidak bertenaga;

  • prestasi pembelajaran menurun; dan

  • lebih menderita kerana tekanan dalam otak semakin tinggi.

Simptom yang lebih ketara:

  • Sakit kepala yang lebih teruk pada bahagian depan dan tepi kepala;

  • muntah yang memancut dan sakit kepala pada awal pagi;

  • sawan;

  • kejang pada tangan;

  • kabur penglihatan;

  • kanak-kanak yang menderita pada bahagian infratentorial tidak dapat berdiri atau berjalan dengan stabil;

Sekiranya kanser merebak pada brainstem (pangkal otak) kanak-kanak akan mengalami:

  • Gangguan pada pertuturan;

  • sistem pernafasan terganggu;

  • lemah anggota badan; dan

  • gangguan pada fungsi-fungsi saraf otak.