Kanser Serviks





Kanser serviks atau kanser pangkal rahim (serviks adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina) adalah penyakit di mana sel-sel di serviks membiak secara luar biasa.

Kanser serviks merupakan kanser kedua terbanyak di kalangan wanita selepas kanser payudara termasuk di Malaysia. 10.5% dari kematian wanita yang menghidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser serviks.

Punca Kanser Serviks

  • Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda;
  • mempunyai pasangan seks berbilang;
  • jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus / wart virus);
  • kurang jagaan kebersihan anggota sulit;
  • merokok (kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya); dan
  • kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.

Tanda dan Gejala Kanser Serviks

  • Pendarahan yang luar biasa dari vagina (bukan haid)
  • Pendarahan yang berpanjangan
  • Pendarahan di antara haid
  • Berbau
  • Bercampur darah
  • Kehadiran darah beku
  • Pendarahan dari vagina selepas hubungan seksual
  • Sakit semasa dan selepas hubungan seksual
  • Keluar cecair yang luar biasa dari vagina