Di negara kita kadar peningkatan penyakit kanser meningkat begitu mendadak dengan peningkatan yang besar dalam insiden termasuk juga kadar kematian (mortaliti). Sejumlah 21,773 penghidap kanser di kalangan penduduk Malaysia di Semenanjung Malaysia pada tahun 2006 yang berdaftar dengan Majlis Kanser Malaysia (MAKNA). Ia terdiri dari 9,974 kes di kalangan lelaki dan 11,799 kes di kalangan wanita. Berdasarkan kadar piawaian umur untuk semua jenis kanser pada tahun 2006, secara keseluruhannya ialah 131.3 per 100,000. Empat senarai jumlah kes kanser tertingggi ialah kanser payudara, usus, paru-paru, dan serviks.



Kategori Kanser Mengikut Jantina