KAJIAN SAINTIFIK TENTANG MINYAK ZAITUN EKSTRA VIRGIN



  • Pengambilan minyak zaitun mampu menghindari serangan sakit jantung, peningkatan kolesterol, tekanan darah, diabetes dan obesiti disamping berperanan dalam mencegah beberapa jenis kanser.

  • Kajian menunjukkan kandungan Asid Oleik dalam minyak zaitun dapat mencegah serangan penyakit jantung dengan membantu merendahkan kadar low density lipoproteins ( LDL atau kolesterol tidak baik yang boleh menyumbat arteri jantung yang merupakan penyebab utama serangan jantung ) dan membantu meningkatkan kadar high density lipoproteins (HDL atau kolesterol baik) di dalam darah.


  •    


  • Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh "Harvard School of Public Health" dan "Athens School of Public Health" mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sehari sekali boleh mengurangkan 25% risiko menghidap kanser payudara. Kandungan vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser.

  • Kajian oleh Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari "Institute of Health Science" telah membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 buah negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidap kanser yang tinggi. Tetapi, pengambilan minyak zaitun dikaitkan sebagai ejen yang dapat membantu mengurangkan risiko tersebut.


  • Hasil kajian mendapati seseorang yang mengambil sebanyak 25ml ( lebih kurang 2 sudu ) minyak zaitun ekstra virgin sekali sehari selama seminggu berturut turut dilihat mampu menurunkan kadar oksidasi LDL disamping dapat membantu meningkatkan lagi kandungan antioksidan di dalam darah. Minyak zaitun ekstra virgin yang dihasilkan daripada perahan pertama buah zaitun di dapati mengandungi kadar antioksidan yang paling tinggi & kaya dengan vitamin E kerana tidak melalui banyak proses semasa menghasilkannya.

  • Sampel 40 wanita yang menyusukan bayi telah diambil. Para pengkaji mendapati bahawa kebanyakan lemak yang terkandung dalam susu mereka adalah jenis lemak berantai tunggal ( Omega-9 ). Jenis lemak ini dikategorikan sebagai lemak terbaik yang patut dimakan oleh manusia. Itulah jenis lemak yang terdapat dalam minyak zaitun.