Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

APRICON adalah produk makanan kesihatan yang dikeluarkan oleh TK FARMAS SOLUTION & INDUSTRIES. APRICON mengandungi 100 peratus aprikot kernel yang dikisar halus setelah menjalani proses sinaran UV yang kaya dengan Vitamin B17, atau dikenali juga sebagai amygdalin atau Laetrile. Vitamin B17 atau Laetrile juga mampu meningkatkan sistem imunisasi dan daya ketahanan tubuh badan serta mampu meningkatkan kecerdasan dan tahap kesihatan seseorang individu. Komponen Vitamin B17 atau Amgdalin berfungsi sebagai agen kimoterapi semulajadi yang mampu melawan kanser secara efektif . Berdasarkan kajian saintifik dan ujian klinikal yang dilaksanakan, B17 atau amgdalin mampu merawatread more..

Kanser Payudara

Apa Itu Kanser Payudara?







Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.

Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal.

Tanda dan Gejala Kanser Payudara

  • Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang.
  • Tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal.
  • Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai "peau d'orange".
  • Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk.
  • Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung.
  • Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal.
  • Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura

Peringkat Kanser Payudara

  • Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak.
  • Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.
  • Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.
  • Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.

Artikel Metro Ahad 01.11.2013

Kanser Payudara vs Terapi Aprikot Vitamin B17


Percaya atau tidak, secara purata seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan untuk mendapat kanser payudara dalam hayat mereka. Ini bermakna, seramai hampir 700,000 kaum wanita di seluruh Malaysia berhadapan kemungkinan untuk dihantui gejala ini. Risiko tersebut paling tinggi menyerang kaum Cina, diikuti kaum India dan akhir sekali kaum Melayu dengan kadar masing-masingnya adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24. Menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh Daftar Kanser Kebangsaan, Kanser payudara telah menyumbang sebanyak 31 % kes kanser bagi golongan wanita yang telah didiagnosis pada tahun 2003.
Namun, perlu diingatkan bahawa kaum lelaki juga tidak terlepas dari bahana kanser payudara. Buktinya, pada tahun 2002 kanser payudara dikesan di kalangan 26 lelaki melayu, 22 lelaki Cina dan 5 lelaki India. Lebih memburukkan lagi keadaan, Dr. Nik Munirah Nik Mahdi yang merupakan Penyelaras Pusat Sumber Kanser Payudara Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) berkata, kanser payudara yang menyerang golongan lelaki adalah lebih merbahaya kerana sel kanser tersebut lebih aktif dan agresif berbanding sel kanser yang menyerang kaum wanita.

Faktor Penyumbang dan Langkah Pencegahan Kanser Payudara

Kanser payudara berlaku apabila sel-sel dalam tisu payudara berkembang secara tidak terkawal. Jika dibiarkan berlarutan, kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati. Para pengkaji percaya bahawa antara penyebab utama kanser payudara adalah faktor genetik, persekitaran serta cara hidup. Selain daripada itu, terdapat banyak faktor sampingan yang lain yang perlu dititik-beratkan terutama oleh golongan wanita seperti:

1. Jantina (95% lebih tinggi menyerang kaum wanita)

2. Umur (lebih kerap berlaku pada lewat 40-an)

3. Jumlah anak (wanita yang tidak pernah melahirkan anak lebih berisiko)

4. Haid (wanita yang baligh sebelum 12 tahun atau putus haid selepas 55 tahun lebih terdedah)

5. Pemakanan (Pengambilan minuman beralkohol sangat berisiko)

6. Penyusuan (penyusuan bayi boleh merendahkan risiko)

7. Berat badan (golongan yang obesiti lebih berisiko tinggi)


Menurut Cancer Research UK, sebanyak 75 % kes kanser payudara boleh diubati jika dikesan pada peringkat permulaan fasa. Oleh itu, kaum wanita khususnya perlu peka terhadap sebarang perubahan yang berlaku pada payudara mereka kerana ternyata pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa. Terdapat 4 kaedah yang digunakan untuk proses pengesanan. Proses tersebut termasuklah:

1. Pemeriksaan sendiri atau Breast Self-Examination (BSE), perlu dilakukan seawal usia 20 tahun

2. Pemeriksaan yang lebih teliti oleh doktor dan petugas perubatan yang bertanggungjawab.

3. Mamografi bagi wanita yang berumur 40 tahun dan ke atas

4. Bagi mereka yang belum berumur 40 tahun, tetapi mengesyaki sesuatu yang ganjil, maka rawatan seperti biopsi, MRI dan ultrasound boleh dijalankan.

Terapi Pelengkap dan Terapi Alternatif untuk kanser

Mampukah saya bertahan untuk terus hidup? Persoalaan yang sering bermain difikiran dan semestinya mendatangkan tekanan kepada penderita kanser payudara. Namun tahukah anda bahawa di negara-negara maju seperti Eropah dan Amerika syarikat, pelbagai kaedah terapi pelengkap dan alternatif diwujudkan khusus untuk membantu pesakit-pesakit kanser.

Berdasarkan buku yang bertajuk - Understanding Cancer and Complementary Therapies - yang dihasilkan oleh Irish cancer Society, terapi pelengkap boleh digunakan seiring dengan kaedah rawatan konvensional. Ia bertujuan untuk menggalakkan kesejahteraan dan meredakan kesan sampingan yang yang dihadapi selepas rawatan konvensional dijalankan. Antara terapi yang dimaksudkan adalah seperti meditasi, aromaterapi, refleksologi, akupunktur, shiatsu, yoga, hipnoterapi dan visualisasi. Namun, terdapat sebahagian daripada penderita kanser lebih mempercayai bahan yang berasaskan alam semula jadi seperti herba-herba dan buah-buahan yang mengandungi agen anti-kanser. Ubatan alternatif sebegini memberikan lebih banyak pilihan kepada pesakit-pesakit kanser untuk memilih kaedah yang dirasakan selamat dan sesuai untuk mereka.

Vitamin B17 Sebagai Langkah Alternatif

Salah satu kaedah alternatif yang semakin berkembang pesat adalah dengan menggunakan Amygdalin atau Vitamin B17. Amygdalin terkenal mempunyai sifat anti-neoplastik yang kuat, iaitu mampu menyerang dan membunuh sel-sel kanser. Amygdalin diekstrak daripada teras biji aprikot dan ia boleh dikapsulkan, dijadikan tablet, atau diberikan dalam bentuk suntikan. Seiring dengan terapi Amygdalin, pesakit kanser harus menjaga pemakanan dengan menghapuskan daging, gula dan produk tenusu dalam diet semasa menjalani tempoh rawatan.

Amygdalin terdiri daripada dua molekul glukosa (gula), satu molekul asid hidrosianik (anti-neoplastik), dan satu molekul benzaldehyde (analgesik). Dalam terapi metabolik, amygdalin akan dipecahkan kepada komponen oleh tindakan enzim beta-glucosidase yang bayak terdapat dalam sel-sel kanser. Oleh yang demikian, sianida hanya akan dibebaskan jika terdapat sel kanser aktif dan seterusnya akan menyerang kembali sel kanser tersebut. Pembebasan sianida dalam keadaan terkawal akan memastikan dos yang sesuai supaya kesan toksik sianida terhalang. Selain itu, enzim rhodanese yang wujud dalam kuantiti yang banyak dalam sel-sel normal juga membantu dalam proses detoksifikasi dengan menukarkan sianida bebas kepada sebatian tiosianat yang akan dikeluarkan melalui air kencing.

Pengambilan terapi Amygdalin ini telah disokong oleh Prof. Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa, selaku penaung kepada produk Farmas Health yang juga bekas Ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM. Beliau mengakui teras biji aprikot mengandungi kandungan Amygdalin yang paling tinggi. Beliau juga menggalakkan pengambilan amygdalin yang telah diproses dan dikapsulkan mengikut piawaian kajian klinikal bagi memastikan tahap kebersihan dan keselamatan lebih terjamin.

Salah seorang pengamal terapi Vitamin B17 yang bernama Pn. Khairul (56) merupakan penderita kanser payudara, Beliau mengambil aprikot vitamin B17 sebagai rawatan alternatif kanser selama 2 tahun dan mendapati berlaku perubahan yang positif terhadap tahap kesihatan beliau. Benjolan yang terdapat pada payudara beliau semakin menyusut secara perlahan-lahan dan beransur hilang. Semasa menjalani terapi ini, beliau menjaga diet seharian dengan memperbanyakkan sayuran dan buah-buahan disamping mengelakkan pengambilan daging dan makanan laut.

Artikel Pancasihat Mingguan Malaysia 11.05.2014

10 Pembohongan Tentang Kanser Payudara Terbongkar


Terapi Aprikot Vitamin B17 semakin diterima sebagai kaedah rawatan alternatif kerana bersifat anti-neoplastik iaitu mampu menyerang dan membunuh sel-sel kanser- Prof. Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa. Menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh Daftar Kanser Kebangsaan, Kanser payudara telah menyumbang sebanyak 31 % kes kanser bagi golongan wanita yang telah didiagnosis pada tahun 2003. Oleh itu, ia telah dinobatkan sebagai pembunuh nombor 1 wanita di Malaysia. Ramai masyarakat telah mengetahui pelbagai fakta tentang bagaimana terjadinya kanser payudara, namun terdapat juga mitos dan salah tanggapan yang perlu diperbetulkan supaya masyarakat lebih memahami apakah sebenarnya kanser payudara ini.

1.Saya terlalu muda untuk mendapat kanser payudara!

Tidak dinafikan semakin meningkat usia maka risiko mendapat kanser di kalangan wanita juga akan meningkat. Tetapi kanser payudara boleh terjadi seawal usia 20-an. Lebih membimbangkan apabila kanser payudara di kalangan wanita muda adalah lebih agresif dan sukar dirawat. Kanser juga lebih cepat merebak dan bertambah dari tahap 1 ke tahap 4.

2. Petanda kanser payudara hanyalah benjolan.

Kehadiran ketulan atau benjolan merupakan salah satu petanda kanser payudara, dan ia juga mungkin merujuk kepada kehadiran benigna (sejenis tumor yang tidak merebak). Namun selain kemunculan benjolan, terdapat 11 petanda lain yang perlu diambil perhatian dan antaranya termasuklah kerutan, pengerasan, keluar cairan dan sebagainya. Oleh itu, dengan menjalani mamogram, ia boleh mengesan kehadiran kanser sebelum apa-apa gejala dirasai atau dilihat sama sekali.

3. Hanya wanita yang mengalami kanser payudara.

Walaupun statistik menunjukkan kanser payudara adalah lebih dominan di kalangan wanita, namun golongan lelaki tidak terkecuali untuk turut diserang kanser payudara. Di kalangan lelaki, kanser payudara sering dikaitkan dengan sejarah keluarga dan faktor genetik.

4. Risiko diserang kanser payudara hanya bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga.

Hanya 5 hingga 10 % daripada semua jenis kanser payudara adalah diwarisi daripada keturunan disebabkan oleh perubahan dalam gen. Perubahan genetik seperti ini lebih kerap berlaku kepada sekumpulan etnik tertentu seperti kaum Ashkenazi (Eropah tengah dan timur) dan kaum Norwegian dan Icelandic. Ini adalah kerana mereka berkahwin dengan keluarga yang terdekat dan berkongsi salasilah keturunan yang sama sejak awal generasi. Maka perubahan pada genetik akan berlaku dengan lebih kerap dan mudah.

5. Diet tidak mempengaruhi berlakunya kanser!

Para penyelidik bersetuju bahawa tidak ada makanan tunggal yang terbukti secara langsung menyebabkan kanser payudara. Namun, pengambilan makanan tertentu secara berlebihan boleh meningkatkan risiko untuk mendapat kanser payudara. American Cancer Society mendapati kafein boleh meningkatkan risiko tumor payudara atau juga dikenali sebagai benjolan fibrokistik.

6. Mamogram itu menyakitkan!

Mamogram sememangnya tidak selesa untuk dilakukan, namun kebanyakkan wanita yang menjalani mamogram mengatakan ia tidak begitu menyakitkan. Lebih tinggi tekanan yang dikenakan, maka akan bertambah ketidakselesaan yang akan ditanggung oleh pesakit. Namun, perlu diingat bahawa semakin tinggi tekanan, maka imej yang akan dirakam adalah lebih jelas dan memudahkan petugas radiologi untuk menaakul.

7. Breast-self examination (BSE) tidak membantu!

Ramai wanita yang enggan dan malas untuk membuat pemeriksaan bulanan payudara, malah tidak mengejutkan jika terdapat segelintir golongan yang tidak mengetahui langkah dan prosedur yang betul untuk melakukannya. Ini amatlah merugikan kerana pemeriksaan ini bukan sahaja amat mudah untuk dilakukan, tetapi juga amat membantu untuk mengesan tanda-tanda awal dan ianya boleh menyelamatkan nyawa.

8. Berat badan dan kanser payudara tiada kaitan.

Aktiviti senaman bukan sahaja dapat mengawal berat badan malah boleh meningkatkan kecergasan kardio-pulmonari dan pengaliran darah. Berat badan yang berlebihan akan mengundang pelbagai masalah kepada kesihatan dan menurut Cancer Research UK, obesiti mempunyai kaitan yang erat dengan kanser payudara. Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan dianjurkan untuk kerap melakukan senaman dan mengamalkan diet yang seimbang.

9. Buah-buahan dan sayuran hanya untuk meredakan sembelit.

Buah-buahan dan sayuran bukan sahaja baik untuk penghadaman dan perkumuhan malah memberi pelbagai faedah kepada kesihatan. Masyarakat yang kurang makan buah-buahan dan sayuran akan menghadapi 2 kali ganda risiko untuk diserang kanser termasuklah kanser payudara. Rahsianya adalah kerana buah-buahan dan sayuran kaya dengan kandungan fitokimia yang bersifat pelindung dan antioksidan semulajadi yang bukan sahaja melambatkan penuaaan malah menggalakkan pertumbuhan sel-sel yang sihat dan menyingkirkan sel-sel rosak penggalak kanser.

10. Rawatan alternatif tidak memberikan kesan positif.

Salah satu kaedah alternatif yang semakin berkembang pesat adalah dengan menggunakan Laetrile atau Vitamin B17. Vitamin B17 terkenal mempunyai sifat anti-neoplastik yang kuat, iaitu mampu menyerang dan membunuh sel-sel kanser. Vitamin B17 diekstrak daripada teras biji aprikot dan ia boleh dikapsulkan, dijadikan tablet, atau diberikan dalam bentuk suntikan. Apabila Vitamin B17 masuk ke dalam badan kita, ia akan terurai kepada elemen sianida dan bezaldehyde oleh enzim Beta-glucosidase yang hanya terdapat pada sel-sel kanser. Kedua-dua elemen ini akan bertindak menyerang dan membunuh sel-sel kanser dalam badan pesakit.

INFO MENARIK!

    Kebelakangan ini, produk berasakan teras biji aprikot semakin bertambah di pasaran tempatan dan mudah untuk diperoleh. Perkara ini amat membimbangkan kerana makanan tambahan berasakan kesihatan haruslah mencapai kualiti yang terbaik bagi menjamin tahap keselamatan pengguna. Atas kesedaran ini, Prof. Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa, selaku penaung kepada produk Farmas Health yang juga merupakan bekas Ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM menasihatkan pengguna supaya berhati-hati dalam membeli produk berasaskan biji Aprikot. Pengguna yang bijak perlu memastikan bahawa produk tersebut telah diproses dan dikapsulkan daripada 100% biji aprikot terpilih mengikut piawaian teknologi farmaseutikal yang tinggi melalui penyelidikan klinikal dan telah mendapat kelulusan dari Biro Farmaseutikal Kebangsaan serta telah didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

    Kenyataan beliau turut disokong oleh Pakar Kesihatan Awam yang juga Presiden Kelab Prostar Malaysia dan penasihat utama produk Farmas Health, Dr. Ismail Lasa. Beliau turut menasihati para pengguna yang ingin mencuba rawatan alternatif supaya membeli produk dari pengeluar yang diiktiraf dan mempunyai kakitangan mahir yang berkelulusan dalam bidang yang berkaitan seperti bidang perubatan, farmaseutikal dan bioteknologi. Ini untuk mengelakkan pengguna dari tertipu dengan lambakkan produk-produk berasaskan biji aprikot yang dijual dengan harga yang terlalu murah di pasaran. Tanpa kawalan kualiti yang optimum, dikhuatiri produk lambakkan ini bukan sahaja akan merugikan malah memberikan kesan negatif kepada pengguna jika digunakan dalam jangka masa yang panjang.

    Keberkesanan Vitamin B17 dalam membantu mencegah dan merawat kanser telah diperakui dan telah mendapat testimoni yang menakjubkan oleh pesakit kanser bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Antaranya, Fanida, 74 tahun. 12 tahun yang lalu, beliau disahkan menghidap kanser payudara. Kemudian, pada tahun 2004, beliau telah didiagnosis pula dengan kanser ovari peringkat keempat dan telah menjalani kimoterapi. Beliau telah diperkenalkan dengan Vitamin B17 dan mengamalkan pemakanannya secara konsisten. Setelah itu, terdapat perubahan positif yang ketara setiap kali melakukan pemeriksaan kesihatan. Sehingga kini beliau masih mengamalkan pemakanan Vitamin B17.