Profil Farmas
![](images/companyProfile.jpg)
Dengan kerjasama dan kerja berkumpulan yang diamalkan di antara kakitangan ini, ianya mampu mengarahkan dan membangunkan syarikat ke arah pertubuhan organisasi yang stabil.
TK FARMAS SOLUTION AND INDUSTRIES membekalkan produk farmaseutikal, makanan dan produk kesihatan, dan penjagaan peribadi berdasarkan kesedaran tentang kepentingan cara hidup yang sihat dan seimbang.
Produk keluaran TK FARMAS SOLUTION AND INDUSTRIES membantu memulihkan keseimbangan diet, sistem metabolik dalam badan, sistem imunisasi dan sebagainya.
Syarikat ini merupakan sebuah perniagaan yang bersaing secara sihat, dan boleh dibanggakan kerana ia berlandaskan usaha untuk memperbaiki dan menyelamatkan kehidupan banyak. Sokongan anda amatlah kami alukan bagi mewujudkan kehidupan yang harmoni dan lebih baik untuk semua dan insan yang kita sayangi.
![](images/prof dr sayed zainal wafa.png)
-Professor Madya Dr Syed Zainal Husin Wafa yang merupakan seorang tokoh terkenal dan berpengalaman di dalam bidang perubatan.
-Beliau pernah berkhidmat sebagai doktor Perubatan di Jabatan Surgeri dan Perubatan di Hospital Lurgar dan Portadown, Lurgar, Nothern Ireland.
-Di dalam bidang akademik pendidikan tinggi, beliau pernah berkhidmat sebagai Pensyarah di Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia selama 16 Tahun dan pernah menyandang jawatan sebagi Ketua Jabatan Anatomi di Universiti Kebagsaan Malaysia.
-Dalam bidang penulisan pula, beliau telah menulis dan menerbitkan Buku Prinsip-Prinsip NeuroAnatomi dan Buku Amali NeuroAnatomi.Buku-buku hasil penulisan beliau telah menjadi sebagai buku rujukan perubatan dan rujukan utama bagi pelajar-pelajar perubatan di Universiti-Universiti di seluruh Malaysia khususnya di Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Hasil penulisan beliau di dalam bidang perubatan telah mendapat pengiktirafan dan Hadiah Bahasa pada tahun 1993 yang di anugerahkan oleh Menteri Kewangan pada masa itu.
Selain itu, kumpulan pengurusan syarikat ini juga terdiri dari kakitangan yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam pelbagai cabang dan bidang ilmu.
Sebagai sebuah syarikat farmaseutikal yang sedang membangun dalam era globalisasi ini, Kegigihan dan niat yang suci dapat membantu memupuk satu mutu produk yang dinamik di samping menghasilkan output produk yang berpotensi tinggi.
![](images/visiMisi.jpg)